Selasa, 5 Oktober 2010

Black Punya Cerita

Beb,

Aku dilanda kesedihan. Kenapa?

Beb,

Black aku yang baru jer berumur dua bulan tu dah memandai mencium pajero. Pajero beb! Pajero!!

Lokasi : Parking Utara Alamanda, Putrajaya
Masa : 10.30 am
Tarikh : 2 Oktober 2010

Uwaaa... Sadis!! black menghentak pajero. tentu2lah black aku yang teruk. Tapi mujur juga pajero tu sihat walafiat. dan sikit pun tak mengalami kecederaan. langsung tak ada. selamat kan. kalau tak berapa pulak aku kena bayar nak bela pajero tu pulak.

terima kasih banyak2 pada mira n tunang dia yang berusaha jugak betulkan bumper black yang dah tercabut keluar klip dia tu. aduhaiii... nasib boleh berjalan. tapi...keadaan black agak menyedihkan even emai n bf dia kata sikit jer tu. sikit?? Beb!! calar balarnya kategori wajib tembak cat balik tau!!.. mana boleh sikit. eksesori tepi spotlite tercabut dan hilang tak tahu ke mana.. lepas tu...kawasan area spotlite tu terkoyak sikit...macam mana????!!! agagaagaga...

pengalaman. tu ajer aku ajar diri aku untuk bertenang. aku yg dah berkurun tak bawak kereta since dapat lesen tiba2 bawak kereta balik. ok. orang expert pun boleh terhentak kereta org lain, apatah lagi aku yang baru errmm.. 2 minggu bawak keter...hahahahah....

salam selamat datang. ini member aku cakap. mana2 org bawak keter baru, dia mesti bagi salam selamat datang. waaaaa... rupa2nya bila aku tanya member2 aku yg bawak keter apa yang aku patut buat, depa suruh rilek. patut... rupanya setiap org yg aku ngadu, mempunyai pengalaman menghentak, melanggar, kena langgar etc. wahhh!!!!.. macam tu sekali benda wajib barang baru kena lalui kan...

apaper pun, sabtu ni aku mau bawak black pergi klinik dekat balakong. aku dah booking akak ofis aku ni utk teman aku sebab balakong tu celah mana pun aku tak tahu. aku mau suh org perodua estimet dulu apa yang kena tukar, kena ganti n buat bajet. next2 week lepas gaji baru aku berhajat untuk masukkan black ke wad. supaya semuanya back to normal b4 balik raya aji bulan 11 nanti...kenapa? mestilah!! until now mak abah tak tahu kejadian ini.. motif? takut kena marahlah!!..


korang doa ok. semoga black tu cepat2 sihat sebab aku dah malu bawak kereta yg bumpernya rongak dan calar balar.. dan tolong doakan jugak, supaya pihak 'hospital' tu tak charge tinggi2...

luvs,
eila

1 ulasan:

  1. insyaAllah xkn ade caj yg tinggi dari hospital tu..
    =)

    BalasPadam