Rabu, 14 Disember 2011

CeRiTa MaNiS 2011

Hari ni dah 14 hb Dec. Sikit hari lagi akan melangkah ke tahun baru.  Alhamdulillah, 2011 banyak perkara manis yg berlaku dalam hidup saya. 

1.  Book Signing Pesta Buku Antarabangsa *owhh... ini bukan kali pertama menghadiri sessi book signing.  Setiap kali berpeluang, benda ni tetap manis.  best jumpa pembaca yang sudi support kita.*

2.  Bertentang mata dengan pelakon lelaki yang selalu sahaja buat tidur malam tak lena.  Saper lagi, tentu2 Remy Ishak.  Kepada Kak Nacha n Kak Notie terima kasih sebab angkut Eila pergi RIBB.  Next year nak pergi lagi!

3.  Hey..Hey...  Alhamdulillah.  Novel 2x5 diangkat sebagai penerima tempat ke2 Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian.  Terima kasihlah kepada mereka yang sudi memangkah buku saya. 

4.  Yes Boss keluar versi bercetak.  Alhamdulillah setakat ni dah 7 kali cetak dengan jumlah cetakan sebanyak ***** copy.  Terima kasih KN kerana percaya bakat saya.  Pembaca juga.  Terima kasih kerana membeli dan membaca novel2 saya.

5.   Ni paling manis kut.  Hik2.  11.11.11 saya masuk tv.  Slot 15 minit dalam Nasi Lemak Kopi O. Aziz Desa ada cakap something kat saya masa off camera.  Hahaha.  Bertuah ker 'orang' tu. 


Harap-harap tahun 2012 akan lebih membahagiakan, akan lebih menggembirakan. 

p/s:  Tahun 2011 juga saya masuk kuarters saya sendiri.  Tahun 2012 saya berazam nak cari 'enche housemate merangkat enche rumet' pulak.  Eyhh!! saya serius.  :)

2 ulasan:

  1. salam kenal dari indonesia
    http://penelitianilmiahterbaru.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. hai salam perkenalan..
    penulis ? tapi blog tak byk cerita ek..
    :D
    ada blog lain ke..?

    BalasPadam