Isnin, 31 Ogos 2009

Tag Dari Kak Wan

Salam,

TAG LAGI!!...

Lalalala..Kali ni dapat tag dari Kak Wan. Kakak UB yg masih lagi baru aku kenal. Jugak kakak ulas buku yg selalu aku jenguk blog dia bila ada buku baru yg dia ulas.

Ok sekarang mau jawab tag dari Kak Wan ni.

1> Anda rasa anda Hot?

-> Tak. sebab saya jenis yg suam2 kuku.

2> Upload gambar kesukaan/kesayangan anda.
-> Aduh!! Satu kojer pulak nak mencari gambor.






3> Kenapa anda suka/sayang dengan gambar ini?

-> Gambar ni sangat cool. Kalau bukan sebab pensyarah aku yg sorang ni sangat sporting ianya takkan jadi cool giler cam ni.

-> Ini kenangan aku dengan kengkawan poli.

-> Gambar ni mendapat banyak komen di laman Facebook aku.

4> Bila kali terakhir anda tak puasa?
-> Ramadhan last year. Tarikh dah tak ingat. *untuk tahun ini, setakat hari ini, puasa masih penuh..ekekekek...*

5> Lagu terakhir yang anda dengar?
-> Dalam bas tadi masa nak g opis. Gila ol-skool punyer lagu. Tajuknyer 'Rindu Serindu-rindunya' dari Spoon. Lagu ni femes time aku sekolah rendah kut.

6> Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
-> Cek kalendar bos aku dan layan Facebook jugak.

7> Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
-> Pangggil ajerlah apaper pun. Tarak kesah punyer. Janji sedap di dengar.

8> Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan..

-> Ni lah paling susah sebab aku tak berapa nak ramai member yg ada blog. dan jugak aku bukan jenis ramai sangat kawan. Tapi cuba jugak sedaya upaya nak senaraikannya.

1) kak Nacha
2) cucuratap
3) kak nick agc
4) Iejay
5) fadz
6) anis fatiha
7) kak Uda

Setle....ekekeke... Tamat jua akhirnya.


salam sayang,
~eila~

Rabu, 5 Ogos 2009

Tumpang Merapu Kejap

Salam...
Aku tengah tader menda nak dibuat ni. jadi aku amiklah sedikit masa untuk merapu kat dalam blog aku ni. semalam betapa excited tidak terkatanya aku bila cik ton kat kaunter tepon aku suh amik barang. pe lagi. tak dan tunggu lif. gegas turun pakai tangga..kelepak..kelepuk..kelepak..kelepuk..bunyi tapak kasut aku. org kat bawah sumer usha semacam...
tadddaaa...yang dinanti dah sampai.. aku bawak naik atas. bukak bungkusan tu pun dgn rakus sekali..nampak ajer isi dalam..muka sengih tak tau nak cakap lagu mana. akhirnya dapat jugak aku pegang sendiri BPMA aku ni..alhamdullilaah.
aku amik satu dan bukak plastik cover dia. peh tu aku terus pegi ke last page. adoii..asal muka aku sangat besar kat page last ni..segan gile kalo org tgk..tapi bila tgk mmg aku sengih ar...
okey..pehtu aku pun selak2 ar...hehehehe..korang tau tak pe aku rasa...aku rasa sangat kelakar dan rasa mmg nak gelakkan diri sendiri selama hayat. punya giler aku abadikan mohd zain ni dalam buku aku....dan aku mula terpikir..asal tak ada nama lain ek? *tanyer sama diri sendiri*
benda 1st excitednyer lebey. cuak pun lebey...hehehe..pe2 pun buku ni mmg ada sentimental value dalam seumur hidup aku...1-sebab ni buku 1st aku tulis..2-aku penah mental dgn somebody yang bernama Mohd Zain ini...*skunk tak lagi*
yang mana dah baca aku harap korang dapat enjoy dan boleh release sikit tension korang..hehehhe..
sayang,
eila

Rabu, 29 Julai 2009

Award Dari Kak Nacha










Dapat award dari kak nacha. ini kira award ke2 ar aku dapat dari akak sorang ni. maccehhh yer kak sebab bagi award lagi walaupun yg pertama dulu tak sempat nak jawab. :)
1. Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini - Kak Nacha
1. akak ni kenal aku masa 1st time pergi gathering KN. *perkenalan yg sangat manis aku rasakan*
2. maintain dengan fesyen ibu arini. hehehehheeh
3. blog akak ni sangat kelakar macam orgnya jugak. *citer kereta kena blok tu mmg kelakar kak*
4. PA macam aku jugak cuma kak nacha org privet aku org gomen
5. suka goyang inul *macam aku jugak*
6. akak ni seorang yg vouge da vass *wah!!gitu*

2. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

1. aku seorang yg sangat comel dan sangat manis.. *gelak perasan~ayat kasi org muntah hijau*
2. rasanya korang mesti tatau yg aku penah kerja kat kedai makan dgn buat sales electrical sama furniture dekat courts mammoth kan.. *kedai makan~penah kena marah dengan customer sebab lambat sampai order lepas tu nangis dan seminggu tak datang kedai, courts mammoth~ini pengalaman paling manis dalam sejarah aku bekerja, kat agc pun aku tak penah dapat pengalaman semanis di sana*
3. sangat suka dengan bau perfume *next perfume aku mau rembat lancome hypnose*
4. aku tak perasan yg aku boleh menulis satu cerita yang sangat jiwang karat. *sebab aku bukan kategori jiwang karat punya orang*
5. sekarang ni kalau aku tgk balik tajuk2 cerpen2 aku yg dahulu kala ~cinta itu milikku akhir, ada cinta untuk dia, dari benci.terbit rindu lahir sayang~ akan buat aku gelak sengsorang sebab aku rasa tajuk dia sangat jiwang melampau. *banyak betul cinta-cinta-cinta*
6. paling tak suka tengok wayang *buat rugi beli tiket coz 10 minit citer aku dah lebuh tidur nyenyak dalam tu*
7. rumah adalah tempat paling best untuk aku lepak. *banyak benda boleh dibuat dekat rumah tu*
8. kalau nak tau member kamcing aku bernama suzana julia *masa sekolah rendah aku selalu kutuk makcik sorang ni, bukan kutuk biasa2 tapi kaw2 punya, tak sangka bila dah besar aku dgn dia boleh jadi member kamcing yang kamcing giler*
9. aku adalah peminat setia ziana zain dan adik beradik KRU *dari kecik bawak kebesar aku memang suka sama dorang*
10. percaya atau tak, aku penah admire giler dengan seorang facilitator time aku pkn dulu. *bacalah 'cinta itu, milikku akhirnya'*

3. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
1. Fadz - dia housemate aku yg suka suruh aku diam kalau aku buat bising dalam rumah encik nazari tu
2. Julia - member kamcing aku jugak pengkritik tetap tulisan aku
3. Kak Nik - kakak kat opis ni yg merupakan teman sepasukan dalam team netball AGC
4. Kak Noor - kakak yg aku cayang
5. Kak Uda - kakak yg sangat kelakar
6. Kak Wan - aku tatau sangat pasal akak sorang ni, tapi yg aku tau dia seorang pengulas novel yg aku suka baca ulasan setiap novel yang dia ulas.
7. Iejay - penulis Lagu Cinta yang tinggal sikit...ajer lagi untuk aku khatam novel tu
8. cucuratap - kembar aku yang lain mak lain bapak *hahahahah*
9. Eilawanie - akak ni aku rasa akan jadi sumber rujukan aku untuk cerita yg seterusnya sebab dia banyak sangat cerita setiap kali aku ym dengan dia
10. anis fatiha - adik aku yang baru ajer nak belajar blogging yg buat aku pelik org IT dekat UPSI ni tatau nak buat blog macam mana ~adoyai kamu ni~

Khamis, 18 Jun 2009

TiNg-ToNg...TiNg-ToNg...

Assalamualaikum...Choppp!! Nak tumpang buat promosi awal dekat sini boleh tak?...Lalalala...Dan setelah lama menanti, bakal keluar bulan Ogos nanti...Ceng-ceng-ceng..Tadddaaaaa!!!!...






Ini BPMA versi bercetak yang akan keluar bulan Ogos ni. Jangan lupa dapatkannya nanti.

p/s: TQVM pada Geng Kicap sebab tolong promo dalam blog. Pada semua boleh lawat laman web Kaki Novel untuk mengetahui BPMA dan novel2 lain terbitan mereka.

Assalamualaikum.

Rabu, 17 Jun 2009

Khazanah Dalam Beg

Cakk!!!...Aku dapat taq dari Kak Uda. Tentang khazanah dalam beg. Sebenarnya aku bukan jenis suka menyumbat segala benda dalam beg. kalau setakat nak jalan2 tu aku sangat2 suka bawak beg ala-ala konduktor bas tu. tau tak? alah yang cumel ajer tu. yang boleh muat purse kecik, handphone dengan kunci rumah. jadi mana2 aku pergi memang tiga barang tu lah yang akan aku bawak. tapi kalau rasa nak berjalan jauh dan lama sikit tu, beser aku bawak ar beg yg besar sikit (tu pun pinjam osmet punyer sebab aku paling tak minat beg besar gedabak)dalam tu leh ar sumbat purse, hphonne, kunci rumah, bedak, tisu, kira kalau dah beg besar tu macam-macam ar disumbat ke dalamnya.

aku tak ada gambar nak letak sekali dekat sini sebab aku pakai hphone yg beser2 ajer. camera pun pakai gambar VGA ajer..so cukup ar kut just cerita ajer...

saper ek yang nak kena taq pas ni.
1-Fadz (osmet aku yang memang suka kumpul beg besar gedabak terutama sekali yang brand LV beli kat jalan TAR tu)
2-Iwa (osmet aku yang memang hobi kumpul beg. kalo tgk almari dia mmg penuh stok beg. pilih ajer yg mana suka.)
3-Malborolite (kut yer pun dia terbuka n3 ni. nak gak tau lelaki selalu isi apa dalam beg diorang ni.)

Ahad, 7 Jun 2009

Azab menyudahkan Iman Suraya

Fuhhh!!!... Rasanya Iman Suraya dah sampai ke tahap nak ending...Syok giler ni. Lepas ni dah tak payah nak mengadap duk pikir-perah-otak macam mana nak selesaikan enovel ni..Hanya tinggal beberapa bab lagi akan selesai cerita ini. dalam simpanan bertaip pun sudah siap adalah 2 3 bab.[sebenarnya yang dah siap lebih dari 2 3 bab].. Pada pembaca yang rajin follow cerita ini, korang tunggu ar sehingga tamat cerita ini. sikit lagi..sikit lagi..korang bajet ar lagi 15 bab korang akan tau kesudahannya....

Testing..testing..

Salam semuanya...
Bukak satu lagi blog...sebab dah tak tau nak buat apa...terasa pulak nak tulis tentang hari2 aku kat sini...ini cuma kira catatan biasa2 ajer...juga untuk update perkembangan diri untuk member-member kamcing aku..dan jugak update stori macam zanna selalu kata...ekekekek...wassalam..